Sabtu, 25 Desember 2010

Cinta butuh modal



Dalam dunia ini tidak ada yang percuma. Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu. Walaupun dikatakan cinta sejati dan cinta sehidup semati seseorang itu tetap perlukan modal. Mana ada benda yang free beb!

1.Bil telefon
Setiap pasangan harus berhubung antara 1 sama lain. Untuk itu talian tetap atau telefon bimbit amat diperlukan. Jika sebelumnya bil kamu setakat dua tiga puluh ringgit. Tetapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin kamu boleh berjimat dengan menggunakan surat tetapi Nampak kuno lah pulak kan.

2. Kos Makan
Jika dulu kamu Cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi berdua. Maknanya budget pun bertambah la kan. Nak jimat? Kamu boleh lah bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali pergi dating. Emm, Nampak klasik lagi romantik kan!

3. Masa
Kalau dulu mungkin banyak masa terluang. Boleh lepak sorang-sorang dan juga bersama dengan teman-teman. Tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula. Nak temankan si dia shopping, tengok wayang, jalan-jalan dan sebagainya. Memang memenatkan! Kamu boleh buat trick terlupa untuk selamatkan diri, tetapi nanti mungkin kamu terpaksa buang masa yang banyak pula untuk memujuk si dia yang merajuk.

4. Tambang
Bagi yag tidak ada kenderaan sendiri tambang bas, teksi, komuter, LRT dan Monorel pasti akan bertambah. Manakala yang ada kenderaan sendiri pula pastinya duit minyak akan melambung naik. Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia yang ajak ke sana ke mari. Hanya ada satu cara nak jimatkan kos iaitu jalan kaki tetapi kalau buat selalu, lepas ni mungkin kamu akan jalan sorang-sorang! Si dia ikut atau cari yang lain.

5. Pakaian
Kamu terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau kamu pakai selekeh atau ala kadar sahaja. Tambah-tambah pening bila si dia minta kamu belikan pakaian untuknya pula.

6. Hadiah
Setiap kali hari jadi si dia dan hari ulang tahun percintaan kamu berdua sudah pastinya kamu terpaksa menyediakan hadiah untuknya. Kalau mahu bagi hadiah yang murah-murah tentu si dia kan kecewa tetapi kalau kamu bagi hadiah yang mahal tidak mampu. Bukan setakat hadiah sahaja yang mahu disediakan malah juga belanja makan di tempat yang istimewa. Memang perlu keluarkan belanja yang banyak.

Tidak ada komentar: